Kempen Tabung Pahlawan (KTP) mula dilaksanakan pada tahun 1950 di bawah kastodian Persatuan Bekas Tentera Malaya (Ex Service Association of Malaya) pada ketika itu di bawah teraju Bekas Tentera British di Malaya. Persatuan Bekas Tentera Malaya yang dianggotai oleh Bekas Tentera British berkhidmat di Malaya selepas Perang Dunia II, iaitu nama asal Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) yang kini dikenali sebagai Persatuan Veteran ATM (PVATM). Pada awalnya Kempen Tabung Pahlawan dikenali sebagai “Poppy Day” iaitu persamaan dengan kempen yang diadakan di Britain. Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, nama Poppy Day ditukar kepada Tabung Pahlawan di mana lambang bunga poppy telah ditukar kepada lambang bunga raya. Pada tahun 2013, Tabung Pahlawan telah mengalami penjenamaan semula di mana nama Rayuan Hari Pahlawan telah ditukar kepada “Kempen Tabung Pahlawan” dibawah pengurusan PVATM.
Tabung Pahlawan juga telah mendapat pelepasan cukai dari LHDN. Pada tahun 2020, JHEV ATM telah dipertanggungjawabkan untuk membuat kempen dan kutipan Tabung Pahlawan. Kempen Tabung Pahlawan Tahun 2020 diteruskan bermula dari bulan Julai sehingga September 2020 dengan sasaran maksimum kutipan RM 5 Juta.
Sekretariat Kempen Tabung Pahlawan
JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM
Kementerian Pertahanan,
301 Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50802 Kuala Lumpur, Malaysia.
+603-2697 6600
tabungpahlawan@jhev.gov.my
© 2020 Hakcipta Kempen Tabung Pahlawan.