Penyerahan Bantuan Susu kepada veteran di Kelantan
Kelantan, 10 Ogos
Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri kelantan/Terengganu, Mej Syed Mohd Ifandi bin Syed Jaafar menyampaikan Taklimat kepada Mej Jen Dato’ Mamat Ariffin b Abdullah (B) berkenaan program Di Celah-celah Kehidupan 2020 bagi Negeri Kelantan dan Terengganu
Turut diadakan Lawatan Kebajikan kepada Veteran T 701907 Abdul Aziz b Chu Hashim di Kg Pasir Pekan bersama PVTUDM Kelantan. Veteran menghidap sakit stroke dan terlantar serta dalam proses memohon bantuan susu. Turut disampaikan penyerahan 31 tin susu Nutrien Diabetic kepada T 1022525 Mat Yaacob b Hussin di Kg Alor Pasir.